Bahagian 1
"Okay tak bilik ni? Cuba Izaat tengok almari tu macamana? Besi penyangkut ada tak?"
Izaat cuma menurut sahaja. Sesungguhnya dia tidak biasa untuk tinggal di asrama. Berjauhan daripada keluarga dan juga orang-orang yang dikenalinya. Kalau tidak kerana kesungguhan ibunya, Izaat lebih suka untuk bersekolah harian biasa. Senang mengikut fikirannya.
"Takder la kak. Almari tu kosong ajer la.."
"Jap akak nak tanya budak kat luar tu. Nanti susah pulak nak sangkut baju sekolah. Kang berkedut pulak kalau main campak campak ni." Ujar kakaknya seraya menuju ke arah beberapa orang pelajar yang sedang berdiri di koridor.
Izaat cuma memerhati dengan pandangan kosong.
Seketika kemudian kakaknya kembali bersama seorang pelajar lelaki yang ditemuinya tadi.
"Ni begnya adik. Bilik mana yang adik cakap tu?" Soal Kak Su kepada pelajar yang menurutinya tadi.
"Sebelah ni jer kak. Mari saya tunjukkan. Adik sekali" Ujar pelajar yang Izaat rasa mungkin dari tingkatan 5. Izaat meneka mungkin pelajar itu seorang pengawas ataupun pembinmbing rakan sebaya yang ditugaskan membantu untuk sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu sepertinya.
"Kita nak kemana pulak ni kak?" Ujar Izaat sambil membontoti kakaknya yang laju menurut pelajar tadi.
"Bilik sebelah. Abang tu cakap bilik tu lagi selesa dari bilik ni. Kecik sikit. Almari dia pun tak rosak." Terang kakaknya.
Izaat mengangguk tanda faham. Izaat dapat melihat no dorm itu yang terpaku kemas di atas pintu. 3-A2. Izaat masuk menuruti kakaknya. Bilik itu kelihatan agak sesak dengan ibubapa yang sedang sibuk menguruskan anak masing-masing.
"Ni katil kosong. Adik pilih la nak yang mana. Almari pulak sebelah sini." Ujar pelajar itu sebaik meletakkan beg pakaian Izaat di tepi katil.
"Terima kasih ya dik" Ucap Kak su seraya melabuhkan punggung di atas katil bertingkat itu.
"Sama-sama kak. Kalau ada apa-apa, kak cari kitorang diluar jer yer." Pelajar itu menepuk bahu Izaat seraya berlalu. Izaat sempat memerhati kad matriks yang tergantung di leher pelajar itu. Hisyam-Pemimpin Pelajar.
Izaat membnatu kakaknya mengemas pakaian. Suara riuh rendah di sekelilingnya tidak dihiraukan. Bagi Izaat dia lebih senang berfikir tentang kehidupan yang akan dilaluinya selepas ini.
Jam sudah menunjukkan hampir jam 3 petang. Orientasinya hanya akan bermula jam 4 petang. Jadi Izaat perlu segera menyiapkan dirinya.
Selesai mengemas, Izaat menemankan kakaknya ke kereta. Kelihatan ibu dan abang iparnya sedang berbual-bual. Selepas mengucapkan selamat tinggal. Izaat terus kembali semula ke asrama. Perkara pertama dalam kepalanya, mencari rakan sekolah rendahnya. Nasib Izaat baik. Mereka sedang berbual-bual di beranda tingkat 2. Izaat menghampiri mereka. Berbincang mengenai orientasi yang akan dilalui selepas ini.
Mereka berjanji untuk kekal bersama sepanjang tempoh masa itu. Izaat bersyukur. Setidak-tidaknya dia tidak keseorangan sepanjang sesi orientasi itu.
Bahagian 2
Izaat bergegas menyarung baju kemejanya. Jam sudah menunjukkan jam 8.15 minit malam. Sesi orientasinya akan bermula 15 minit lagi. Dia tidak mahu terlewat. Masih terngiang di telinganya amaran yang diberikan seniornya petang tadi.
"Siapa siapa yang lewat akan didenda mendapatkan tandatangan 50 orang pelajar senior. 25 lelaki dan 25 perempuan. Jadi pastikan kamu jangan lewat walau sesaat pun untuk sesi orientasi yang seterusnya. Faham?!"
Izaat dan semua pelajar lain hanya mampu menjawab patuh terhadap hukuman yang dinyatakan.
Selesai mengikat kasutnya, Izaat bergegas menuju ke tingkat 2 asrama. Tempat dimana semua pelajar lelaki diarahkan untuk berkumpul sebelum menuju ke dewan besar. Izaat mencari-cari rakannya. Risau jika dia terpisah dengan mereka. Dia masih lagi tidak biasa untuk bergaul dengan pelajar-pelajar lain.
Dalam keadaan kelam kabut itu tangan Izaat terasa dipegang seseorang. Izaat berpaling. Hisyam, pelajar yang membantunya petang tadi tersengih memandangnya.
"Kenapa kelam kabut ni? Rilek la.. Adik kan dah awal ni.." Sambil memandang jam di pergelangan tangannya.
"Siapa nama?" Sambung Hisyam kembali.
"Izaat.." Menjawab pendek. Kini semua mata pelajar di situ memandang ke arahnya. Izaat kurang selesa. Dia kini hanya mampu tersenyum kelat. Izaat memulas tangannya supaya Hisyam melepaskannya.
"Woit Sham! Engkau buat apa kat sini? Engkau handle ke malam ni?" Hisyam berpaling. Kelihatan seorang lagi pelajar senior menuju ke arah mereka berdua.
"Sapa budak ni?" Lelaki itu memandang Izaat kosong.
"Izaat. Petang tadi aku tolong dia masa register. Engkau xder kelas ker? Kang lewat pulak." Tanya Hisyam kembali. Lelaki itu memandang jam di tangannya.
"Alamak! Okay2. Gua chow dulu. Jumpa malam karang." Lelaki itu laju menuruni anak tangga. Hisyam ketawa memerhatikan gelagat rakannya itu yang kelihatan sudah lewat untuk kelas tambahannya. Hisyam mengagak kelas Fizik Puan Odelia mungkin menjadi punca kelakuan rakannya itu.
"Okay tak bilik? Senior macamana?" Hisyam kembali memberi tumpuan kepada Izaat. Begitu juga mata-mata lain di sekelilingnya.
"Okay.. takder masalah.."
Izaat kehilangan kata-kata. Sesungguhnya dia tidak biasa dengan tumpuan yang diterima dirinya ketika itu. Hisyam yang menyedari keadaan itu cuba untuk mengalihkan perhatian pelajar lain dengan menyuruh mereka membuat barisan. Keadaan kembali hingar sebaik sahaja Hisayam memberikan arahan.
"Nanti kalau ada apa-apa masalah. Adik bagi tahu kat abang ya. Bilik Abang 2-A1." Ujar Hisyam kemudian berlalu untuk mengetuai barisan pelajar menuju ke dewan. Izaat mengangguk. Hatinya kini kelegaan. Mata-mata yang memerhatikannya kini sudah mula berkurangan. Dia kembali berlagak seperti biasa. Cuba menyembunyikan perasaannya yang terkejut sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment