Sunday, July 24, 2011

Catatan Kenangan Sebuah Perjalanan IV

Bahagian 5

Izaat memerhatikan notis yang tertampal di papan kenyataan asrama petang itu. 

Senarai nama MC perhimpunan minggu ini.
Ahad - Izaat (1 Lambda)
Isnin - Syafiq (2 Alpha)
Selasa - Safina (3 Delta)
Rabu - Azim (3 Alpha)
Khamis - Zahra (4 Gamma)

Izaat mengeluh panjang apabila melihat namanya turut tersenarai. Walaupun dia faham yang semua pelajar akan bergilir- gilir menjadi pengacara perhimpunan pagi setiap minggu, dia tetap berasa kurang senang melihat namanya terpampang di papan kenyataan saat itu. Terlalu awal fikir Izaat. Tidak sampai 2 bulan menyesuaikan diri di sekolah itu, namanya sudahpun disenaraikan.

"Jat, nanti ambik skrip dengan Kak Batrisya masa prep malam nanti ek!" Ucap seseorang dari belakang Izaat seraya menepuk bahunya. Izaat menoleh. Hazwan, pengawas yang menjadi mentee dormnya tersenyum di belakang.
"Kenal kan Kak batrisya?" Izaat mengangguk.
"Okay.. nanti ada apa- apa hal cari abang kat dorm prefect okay!" Hazwan berlalu meninggalkan Izaat yang terus terpaku di hadapan papan kenyataan itu.

><><><><><><><><><

Izaat melihat ke arah jam dinding yang terletak di atas papan hitam kelasnya. 9.45 malam. Tinggal setengah jam lagi sebelum kelas persediaan malam itu berakhir. Mejanya sudah siap dikemas. Kini tugasnya yang belum selesai adalah untuk mendapatkan skrip pengacaraanya dari Kak Batrisya.
Izaat mengeluh.

"Eh Sya. Kak Batrisya prefect tu kelas mana ek?" Izaat mengajukan pertanyaan kepada Alisya, rakan sekelas yang duduk dibelakangnya..
"5 Alpha. Apasal?"
"Takderlah.. saja..." Izaat berdalih.
"Kau nak gi ambik skrip MC ke?"
"Mana ada~ Saja jer aku tanya. Aku tengok dia selalu kat bilik pengawas jer. Tu pasal aku tanya dia kelas mana tu.." Izaat terus berdalih.
"Ala.. takyah tipula.. Nama kau memang dah terang2  ada kat notice board asrama tu.." Alisyaa menempelak Izaat yang cuba menipunya. Mulutnya memuncung.

Izaat brpaling ke arah Alisya kehairanan.
"Notice board?"
"Yalah.. notice board." Alisya tersenyum. "Apa ko ingat hostel lelaki jer ada notice board? Hostel perempuan pun ada la.. Cantik lagi!" Alisya mencebik.
"Lagipun masa nak turun hostel tadi Kak Batrisya ada pesan kat aku suh ingatkan kau untuk jumpa dia sebelum prep habis.. Nak bagi skrip tu hah~"
"Ish.. apasal engkau tak ambik jer terus ngan dia. Kan senang." Tangannya menepuk meja Alisyaa yang dipenuhi buku itu. Alisyaa yang kurang senang dengan tingkah laku Izaat itu menjeling tajam ke arahnya. Izaat berpura-pura tidak mengerti dengan perlakuan Alisyaa ketika itu.
"Aku pun memang cakap macam tu kat dia. Biar aku jer serah kat kau. Tapi dia cakap ada benda penting yang dia kena bagitau sendri kat kau. Tu pasal la.."

Izaat mengangguk faham dengan penerangan panjang lebar Alisyaa itu.vKepalanya digaru. Bingung memikirkan langkah yang perlu diambilnya selepas ini.

"Ni dah 9.50 ni. Baik ko gerak cepat. Form 5 kan keluar awal sikit dari kita. Kang lambat kang naya kau~" Alisyaa menghentikan Izaat dari terus mengelamun.

"Oh okay. Thank you Sya. aku gerak dulu lah yer." Izaat mencapai begnya. Alisya menjuihkan bibir. Tangan nya menguis2 isyarat supaya Izaat cepat2 beredar.

Izaat lekas meninggalkan kelasnya. Langkahnya yang sebentar tadi laju terhenti seketika di pintu belakang kelas 1 Delta. Seperti biasa, kelas itu sedikit bising. Izaat memerhati sekumpulan pelajar yang begitu leka berbual2 di hujung kelas itu. Nama Faizal dipanggilnya. Dari kumpulan pelajar terbabit Faizal menjenguk.

"Jom." Izaat mengajak.
"Mana?" Faizal sedikit meninggikan suara. Cuba mengatasi kebisingan kelasnya katika itu.
"Nanti aku cerita. Jom. Bawak beg kau sekali." Izaat mengarah.

Faizal terus meninggalkan kumpulan pelajar terbabit. Mejanya segera dikemas ala kadar.Begnya dicapai lalu berlari2 anak menuju ke arah Izaat.

"Teman aku gi blok Form 5 jap."
"Buat apa?"
"Adalah.. Sampai sana kau tahu la.."
"Okay~" Faizal menjungkit bahu. 
Mereka berdua beriringan menuju ke blok tingkatan 5.

><><><><><><><><><><><

Faizal memberanikan diri mengetuk pintu kelas 5 Alpha itu. Pelajar yang paling hampir dengan pintu itu berpaling ke arahnya.

"Assalamualaikum bang. Kak Batrisya ada?" Faizal bertanya perlahan. Takut mengganggu pelajar yang lain.
"Bate! Ni hah ada budak nak jumpa." Pelajar itu mengangkat tangan tinggi lalu menunjukkan ke arah pintu dimana Faizal dan Izaat berada.
"Sapa?" Kedengaran suara halus bertanya dari belakang.
"Entah~ Sapa?" Pelajar itu berpaling ke arah Faizal.
"Erm.. yang kak suruh datang ambik skrip tu~" Izaat yang dari tadi berada di belakang Faizal mencelah.
"Ooo.. MC.. Adik pergi kut pintu belakang tu. Meja Kak Bate sebelah pintu tu jer." Pelajar itu memberikan arahan.

Faizal dan Izaat segera berlalu selepas mengucapkan terima kasih kepada pelajar terbabit. Langkah mereka menuju ke pintu belakang kelas 5 Alpha pula.

"Hah Izaat. Akak ingat tak datang dah malam ni." tegur Batrisya sebaik sahaja melihat 2 pelajar itu berada di belakang pintu kelasnya.
"Maaf kak lambat. Saya siapkan kerja sekolah dulu." 
Batrisya tersenyum faham. Skrip yang disimpan di dalam fail khasnya segera dicapai. Satu salinan asal berserta sehelai maklumat aturcara majlis diserahkan kepada Izaat.

"Yang ni macam biasa.. Yang ni pulak untuk selingan masa majlis tu."
"Hah?Ada program lain ke kak Ahad ni?" Izaat bertanya kehairanan.
"Erm.. tambahan sikit sebab ada acara penyampaian hadiah. Kenapa?"
"Saya xbiasa la kak. Nanti xpasal2 tersasul." Faizal mematah2kan jarinya runsing. "Tukar orang tak boleh kak? Bagi orang lain jadi MC." Izaat meluahkan rasa yang terbuku dihatinya ketika itu.
"Mana boleh~ Lagipun Puan Suraya sendiri yang keluar arahan supaya adik yang jadi MC Ahad ni.." 
"Puan Suraya?" Izaat dan Faizal berpandangan. Faizal yang dari tadi cuma menjadi pemerhati kini kelihatan cuba menahan tawa. Izaat segera menyepak Faizal sebaik menyedari reaksi rakannya itu. Faizal mengaduh kesakitan atas perbuatan Izaat itu. Izaat tersenyum menang.

Batrisya yang sekadar memerhati ketawa kecil melihat reaksi dua sekawan itu. 

"Dah dah.. Skang Izaat ambik dulu skrip tu. Cuba hafal. Kalau xfaham, boleh tanya dengan prefect2 lain atau mana2 pelajar yang pernah jadi MC sebelum ni. Esok petang akak akan serahkan nama2 pelajar yang terlibat dalam majlis tu nanti. Belah malam pulak kita buat reherseal. Izaat kena datang tu nanti!" Batrisya memberi isyarat amaran kepada pelajar itu.

Izaat mengangguk. Matanya masih lagi meneliti kertas2 ditangannya itu. Selesai penerangan daripada Batrisya, mereka segera meminta izin untuk berlalu. 

Faizal memberi cadangan supaya mereka singgah sahaja di pondok warden daripada kembali ke blok mereka yang terletak lebih jauh. Izaat setuju. Lagipun masa yang ada boleh digunakannya untuk menghafal skrip yang diterimanya tadi. Walaupun masih kurang bersedia, Izaat tetap cuba untuk memastikan tanggungjawabnya selaku pengacara majlis nanti berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Dia tidak mahu terutama sekali Puan Suraya malu dengan ketidakupayaannya nanti. Dia tekad. Tugas itu akan cuba dilaksanakannya sehabis baik.



No comments:

Post a Comment